Author Archives: Akademi AQSA

Jom KONGSI REZEKI

Sempena Ramadhan yang telah tiba, Maahad Tahfiz AQSA sekali lagi membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat untuk menyemarakkan bulan Ramadhan sebagai bulan sedekah dengan melancarkan Sumbangan Dana Ramadhan bagi pembiayaan program sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak Maahad Tahfiz AQSA juga menyediakan pakej sumbangan berbuka puasa, moreh dan sahur sebanyak RM 600 sehari. Sebarang sumbangan boleh hubungi talian 04-5513807  atau terus ke pejabat Maahad Thafiz AQSA  atau melalui akaun Maahad iaitu MayBank No : 557250012464 (UMMAH PRIHATIN SERVICES) atau BIMB No : 07016010067475 (MAAHAD TAHFIZ AQSA).PAMPLET1 SUMBANGAN DANA RAMADHAN1

SKIM WAKAF UNTUK SAHAM AKHIRAT

 

Sumbangan wakaf anda diperlukan untuk membeli sebuah van Toyota HIACE berharga RM 90,000.00

Jadilah salah seorang daripada 180 orang pewakaf yang menyumbang dalam skim wakaf ini.

Buletin Isu 1 m_s 7 copy

TINTA AQSA

Dapatkan buletin rasmi Maahad Tahfiz AQSA isu pertama di pejabat Maahad Tahfiz AQSA sekarang

Buletin Isu 1 m_s 1 copy

Salam Maulidur Rasul 2014/1435H

Alhamdulillah, sempena kedatangan bulan Rabiulawal iaitu bulan kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w., marilah kita melahirkan rasa kesyukuran kerana kita telah dipilih oleh Allah sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w. Kita berbangga dengan baginda Rasulullah s.a.w yang disebut di dalam Al-Quran sebagai rahmat bagi seluruh alam sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:

21:107

“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”

Sambutan Maulid ini bukanlah sekadar untuk kita mengingati kelahiran Rasulullah s.a.w., namun yang lebih utama ialah kita menghayati sirah perjuangan dan kehidupan Rasulullah s.a.w. dengan mencontohi akhlak baginda. Umat Islam akan cemerlang dan gemilang jika seluruh umat Islam dapat menghayati akhlak dan keperibadian Rasulullah s.a.w. Insyaallah.

Di kesempatan ini, saya selaku Mudir Maahad Tahfiz AQSA mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat syafaat Rasulullah s.a.w. Saya juga ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama dalam sambutan Maulidur Rasul anjuran Maahad Tahfiz AQSA pada 30 Januari 2014 di Maahad Tahfiz AQSA pada jam 8.30 malam.

-Ustaz Mohd Yusni Mat Piah-

Ust Solhi Sharif colour copy

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 Sesi 2014

Pendaftaran pelajar baru dibuka sekarang. Dapatkan borang pendaftaran di pejabat Maahad Tahfiz AQSA di Taman Sri Janggus, Bukit Mertajam.

Program Korban 2013/1434 H

SELURUH KAUM MUSLIMIN dipelawa UNTUK MENYERTAI PROGRAM KORBAN TAHUN INI YANG AKAN DIADAKAN DI NEGARA KEMBOJA, MINDANAO, FILIPINA, SUDAN DAN SYRIA.
Front

Back

Pelaburan Akhirat Bersama Maahad Tahfiz AQSA

Sempena kedatangan Ramadhan ini, Maahad Tahfiz Aqsa sekali lagi membuka peluang kepada seluruh kaum muslimin untuk menyemarakkan bulan Ramadhan sebagai bulan bersedekah dengan melancarkan dana khas Ramadhan bagi pembiayaan program sepanjang bulan Ramadhan.
Pihak Maahad Tahfiz AQSA juga menyediakan pakej sumbangan berbuka puasa, moreh dan sahur sebanyak RM 250 sehari. Sebarang sumbangan boleh hubungi 04-5301942 atau terus ke pejabat Maahad Tahfiz AQSA atau melalui akaun Maybank “UMMAH PRIHATIN SERVICE” No. akaun: 557250015424

ramadhan 2013ramadhan 2013 2

Program Ambang Ramadhan bersama Ustaz Syed Abdul Kader Al-Joofre

POSTER copy

Pengambilan Pelajar 2013

::Akademi Al-Quran As-Syamil::
*Pengajian tahfiz, akademik dan diniah.
*Pengambilan Pelajar Tingkatan 1 2013 dibuka sekarang.
*Dapatkan borang di pejabat Akademi Al-Quran As-Syamil , Taman Sri Janggus, Alma 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
*Di buka kepada pelajar lelaki dan perempuan

Image

Program Sambutan Maal Hijrah 1434H Bersama Imam Muda Azhar dan UNIC

Sempena kedatangan tahun baru hijriah 1434 H, Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA) dengan kerjasama JKKK Taman Sri Janggus dan Ahli Majlis MPSP Encik Ahmad Kaswan, akan mengadakan program Sambutan Maal Hijrah 1434H pada hari Sabtu, 24 November 2012 jam 8 malam bertempat di Dataran Maahad Tahfiz AQSA, Taman Sri Janggus, Alma, Bukit Mertajam. Datanglah beramai-ramai bagi menyaksikan persembahan nasyid daripada kumpulan UNIC serta bersantai bersama Imam Muda Azhar. Dapatkan kupon program bernilai RM 5. Layari https://www.facebook.com/AkademiAqsa.Image

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.