Monthly Archives: August 2017

HARI TERAKHIR POTONG KUKU

SELASA / 22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438

Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG BERNIAT UNTUK BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yang buat Qurban bila masuk bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatang qurbannya di sembelih.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا ‏”‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan qurban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.

Sekadar Peringatan..
Mulai 1-9 Zulhijah (Rabu 23 OGOS) 🌹🌹 mari kita berpuasa bagi yang mampu berpuasa

Wallahua’lam.

 

PELUANG KORBAN DAN AQIQAH

Alhamdulillah… Terima kasih kepada para peserta yang menyertai Program Korban dan Aqiqah 2017 anjuran Maahad Tahfiz AQSA. Untuk makluman dan peringatan, tarikh tutup penyertaan hanya berbaki 12 hari lagi.

Justeru, kepada yang berminat untuk menyertai kami dalam misi membantu rakan seaqidah di negara miskin dan bergolak (Mindanao) segeralah mendaftar sebelum terlewat.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, boleh hubungi :

Mudir AQSA – Ust Mohd Yusni bin Mat Piah (019-450 0660).

Usah bertangguh lagi !!! Daftar segera !!!

Tarikh tutup penyertaan : 28 Ogos 2017

TAZKIRAH : Apabila meninggal dunia…

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kita:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya…

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajarnya…

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita-cita yang dikongsi bersama…

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya…

5. Apabila meninggal dunia adik-adik kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya…

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaanmu…

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya…

Ketahuilah…. hidup ini sangat singkat untuk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu…. bila kita akan berangkat ‘ meninggalkan’ dunia yang fana ini….

Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.

Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.

Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan. Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita di dunia ini.

(Manfaatkanlah masa yang mulia ini…sebelum kesempatan berlalu pergi….)

TAZKIRAH HARI INI : Saja congak-congak

 

Astro = RM 540 setahun (minimum)
👀 biasa la tu.

UniFi : RM 1500 setahun (minimum)
👀 biasa la tu.

Bil Telefon : RM 600 setahun
👀 biasa la tu

Rokok : RM 1440 setahun (minimum).
👀 biasa la tu.

Korban RM 350 / RM 450 setahun. 😭 mak aiii.. Mahalnya.. Manalah aku mampu.

# muhasabahdiri

 

IKLAN : PENGAMBILAN PELAJAR 2018

Borang permohonan kemasukan pelajar boleh didapati di pejabat Maahad Tahfiz AQSA (WAKTU PEJABAT SAHAJA)

WAKTU PEJABAT:
Isnin-Khamis : 8.00 pagi-12.00 t/hari & 2.00 – 4.40 petang
Jumaat : 8.00 – 11.00 pagi & 2.00 – 4.40 petang

PENGAMBILAN PELAJAR 2017