Pengenalan

Assalamualaikum,di sini akan diterangkan secara ringkas mengenai Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA).Matlamat penubuhan AQSA adalah melestarikan golongan cendekiawan yang mencintai Allah,menghafal Al-Quran, memahami, mengamalkan dan menyebarkan kalam Ilahi.Selain itu,merealisasikan matlamat menjana generasi rabbani ke arah melahirkan ‘amilin’ dan ‘ulama’ muttaqin yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.AQSA bukanlah bermatlamatkan keuntungan mahupun kejayaan ukhrawi  semata-mata malah sebagai medan untuk memberikan dan menjana ilmu pengetahuan duniawi di peringkat menengah secara bersepadu.

AQSA mula beroperasi pada awal tahun ini iaitu tahun 2012.Jumlah pelajar hanya seramai 19 orang termasuk pelajar puteri.Manakala bagi kakitangan dan  tenaga pengajar pula seramai 10 orang.Bagi tahun ini pengambilan hanya melibatkan pelajar tingkatan 1.

AQSA menyewa bekas bangunan pasar di Taman Sri Janggus,Alma Pulau Pinang dan AQSA menanggung sendiri lain-lain kos pentadbiran sekolah dan asrama bagi menjalankan operasinya.

Posted on April 30, 2012, in Aktiviti. Bookmark the permalink. 4 Comments.

  1. Assalamualaikum,
    Saya ingin tahu adakah pihak Akademiaqsa memyediakan tabung wakaf untuk membina bangunan dan seumpamanya. Jika ada sila berikan maklumat lanjut bagaimana caranya sumbangan boleh di buat.

    Wassalam.

  2. Salam,

    Terima kasih atas keprihatinan saudara.

    Pihak AQSA amat mengalu-alukan mana-mana pihak atau individu yang ingin memberikan sumbangan ikhlas/infaq/zakat untuk pembangunan AQSA.

    Untuk sebarang bentuk sumbangan boleh berhubung dengan Mudir AQSA, Ust Mohd Yusni bin Mat Piah, 019-450 0660 atau boleh terus ke akaun Maybank “Ummah Prihatin Service” :5572 5001 2464.

    Jazakallah.

  3. Menuju Kejayaan

    Assalamualaikum,
    Maahad Tahfiz AQSA hanya mengambil pelajar tingkatan 1 shj ka?
    Maahad Tahfiz AQSA ada SMRA ada x?

    • Waalaikum salam,
      Maaf atas kelewatan membalas pertanyaan saudara.
      Ya, kami hanya menerima pelajar tingkatan satu sahaja dan pengambilan adalah terhad. Hanya 30 orang sahaja untuk setiap pengambilan.
      Kami tidak menyediakan peperiksaan SMRA kerana kami lebih menekankan hafalan Al-Quran dari tingkatan 1-4 di samping pelajaran agama dan akademik. Semasa di tingkatan 5, pelajar akan mengambil SPM dan STAM semasa di tingkatan 6.
      Harap maklum. Terima kasih.

Leave a comment